Thursday, September 23, 2010

you touch (with effort) & you go....

dulu saya tak kesah lalu di lorong touch & go. seat kereta saya tak tenggelam. agak tinggi. jadi saya tak perlukan usaha yang lebih untuk menjulurkan tangan yang pendek ini ke arah mesin touch & go. tapi sejak menggunakan kereta seat tenggelam nih...tiap kali lalu kat lorong touch & go, mesti tercalar sedikit bumper hadapan. dek kerana saya perlu terlalu dekatkan kereta dengan mesin touch & go supaya saya tak perlu tarik hand brake dan jongketkan bontot panjangkan tangan.agaknya hubby dah bosan asyik kene anta touch-up bumper depan, dia belikan saya smart tag haha. gila itu adalah perlian paling sinis pernah saya terima haha. syok smart tag. tak perlu buka tingkap. tak perlu beratur panjang-panjang.

tapi kadang-kadang kene gak guna lorong touch & go. kalo masa nak cepat dan lorong smart tag terlalu panjang. seriously, saya sungguh tak paham dengan design mesin touch & go tuh. nape la perlu dilekatkan ke dinding tol booth sebegitu rupa. sampai pengguna terutama yang berbadan kecik mcm saya ni terpaksa memanjangkan badan. sakit tau boleh tergeliat pinggang. nape la takde orang nak come out dgn design yang senonoh sket mcm terkeluar sedikit ke hadapan ke. mudah utk org2 seperti saya nak touch. takde ke engineer yang kreatif bole hasilkan design yang innovative sket? dok gitu aje design nye dr mase mula-mula launch sampai la ke skang. aish...bila la org msia ni nak jadi inovatif?

No comments:

Post a Comment