Thursday, February 4, 2010

dari wanita kepada wanita

wahai wanita,
kamu pernah jatuh cinta tetapi kemudian kecewa atau dikecewakan? saya pernah. kecewa.
kamu pernah rasa lelaki itu adalah 'The One' tetapi sebenarnya adalah palsu? saya pernah.
kamu pernah putus cinta lantas meraung bertahun-tahun mengenangkan kegagalan itu? saya pernah.
kamu pernah terasa ingin membunuh diri setelah kecewa atau dikecewakan? saya pernah. hampir.
dan kamu pernah cuba untuk pulihkan keadaan di antara kamu dan dia? saya pernah.

well guess what girlfriends? saya bodoh. kamu juga bodoh jika jawapan kepada soalan ke-3 hingga ke-5 di atas adalah pernah. nasihat saya, jangan jadikan kegagalan itu sebagai alasan untuk anda downgrade kan diri anda.jadikan ia sebagai pengajaran supaya kamu lebih mahir handle the situation in the future. seriously, kalo kamu mengambil masa setahun 2 tahun untuk melupakan kisah lampau, itu adalah pembaziran. yang teramat sangat. bukan kah sepatutnya kamu di luar meraikan hidup kamu daripada terkurung dengan kisah lama? tak kesah la terkurung dari segi fizikal ataupon emosi. heck, saya pernah meraung-raung di telefon menyesali nasib saya. tapi does it change the situation? nope kan?

untuk mendapatkan 'The One', jangan terlalu berfikir. just let naluri kamu yang berfikir. jangan terlalu setkan kriteria tertentu. sebab kita tidak akan pernah tahu jikalau kriteria tersebut sebetulnya adalah apa yang Allah inginkan pada kita. heck, to tell you the truth, sampai sekarang saya tak pasti samada pasangan saya adalah 'The One'. yea dia menepati apa yang saya idamkan. tetapi selepas kami bersama, baru saya sedar semua itu ada pada dia. bukan sewaktu kami masih berkawan. alhamdulillah kerana dialah yang terbaik buat saya. dia juga sahabat baik saya yang terhebat.

carilah dia yang kamu selesa bersama. yang boleh menjadi teman berbicara kamu di kala sunyi. yang boleh berkongsi apa sahaja cerita. kalo kamu bersamanya di dalam kereta selama sejam, tapi hanya beberapa minit sahaja kamu mampu menjana idea untuk berbicara, my pick is kamu akan merasa cepat bosan dengan pasangan itu. itu salah satu tanda kamu berdua tidak compatible.

jangan terlalu mendesak untuk melangkah ke alam yang lebih advance. yakni perkahwinan. biarkan idea itu datang daripada dia. dia mungkin rasa terbeban kerana simpanan tidak cukup untuk menampung kamu. apa kata, kamu support dia dengan sesuatu supaya dia tidak akan rasa hanya dia yang perlu berusaha untuk perkahwinan (dari segi perbelanjaan). itu mungkin akan mengurangkan beban di kepala.

tidak salah untuk sesekali kelihatan bodoh di hadapan dia. biarkan dia merasa yang dia juga diperlukan. yang dia juga penting. jangan terlalu ego atau menunjukkan kita juga sama hebat. percayalah, ego dia sedikit sebanyak akan tercalar. jikalau perlu argumen untuk mencari kebenaran, jadikan argumen itu sebagai sesuatu yang sihat. yang akan menguntungkan kamu berdua. yang mana di akhirnya, kamu berdua mampu laugh it off dengan selamba.

dan yang penting sekali dan yang terakhir, jangan dan jangan tanamkan dalam diri kamu yang kamu inginkan seseorang sepertimana kawan kamu memilik seseorang hanya kerana kamu jeles melihat kebahagiaan mereka dan inginkan perkara yang sama terjadi pada kamu. kamu dan kawan kamu adalah dua makhluk Allah yang berbeza. dia punya ketentuan dari Allah sendiri. dan kamu juga punya ketentuan dari Allah sendiri.

p/s: semua di atas adalah coretan ikhlas dari hati saya. ia adalah pendapat saya. ia hasil dari pengalaman yang telah mematangkan saya. ia juga hadir kerana saya dipertemukan dengan dia yang banyak mengubah saya menjadi better.

4 comments:

  1. I really like this post Nisa. Sebulan lebih kot aku mereng after apa yg terjadi kt aku, tapi aku dh ok.

    Cuma buat masa ni susah sgt nk trust a man. Ada harapan ke lg aku ni?

    ReplyDelete
  2. i do agree with u,gurl..we choose how we want to perceive what happen in our life..we can 'meraung' all we want, we can play the blaming game if we want or we can just forgive-n-forget..we were young, we made mistakes, but that mistakes make us stronger and wiser..cherish every moments either its bad or good, for u urself knows the 'silver lining' its bring..

    i am as grateful as u r for having a chance to what people said,"takpe, nanti jumpa yg lg baik"..yet, we still don't know what future holds, but whatever happen next, the least we can say,"i've been there,i've encounter that and i know i can triumph over it again"...

    and to u HiDa..time heals everything, just stay positive..=)

    ReplyDelete
  3. hida and arn...atta girls!!! :)

    ReplyDelete