Thursday, September 24, 2009

post-raya punye cerita

raya ke-5 aku dah dok mengadap muka boss di ofis. bohsan btol! setakat nak keje khamis-jumaat aje pastu weekend semula membuatkan aku takde mood langsung nak pegang laptop. orang yang tak beraya di ofis ni pon sibuk sambung cuti sampai weekend. tapi apakan daya malang btol nasib diri ini tak bole amek extra cuti kerana perlu prepare investment untuk new term jikko plan. bluergh!! sampai ke jam ini, baru 20% kerja yang disentuh. teramat lah slow kepala ini setelah teruk melantak pecal, lemang dan ketupat di kampung. boss ku diskusi hal keje pon satu haprak tak masuk dlm kepala ini. main angguk kepala aje konon-konon paham ape yang dia perkatakan. ahh persetankan!!

macam mane raya? raya ke-2 aku sebagai mrsakmal. dan setelah 27thn di muka bumi, thn ini merupakan thn pertama hubby tidak beraya di jenjarom. hahaha. kesian pon ada. tapi die sendiri dah setuju utk bergilir-gilir raya. hehehe. di perak, persiapan raya seperti kebiasaan. maksud kebiasaan di sini adalah, bila my mom yang incharge di dapur, persiapan mesti ala-ala nak kawenkan anak penatnya. ya rabbi!! nak tercabut tangan dibuatnya. sbb my mom kalo bole sume nak go the traditional way. dari memasak rendang pakai kerisik yang dibuat sendiri sehingga menumbuk sambal pecal secara manual. tapi outcomenya memang la akan sangat memuaskan hati. masak rendang daging, ayam lemak kuning, kuah kacang, mi kari. tugas lelaki, merebus nasi impit an ketupat daun. bila dengan my family, hubby memang tak bole goyang kaki. hahaha padan muka! dikerah juga masuk ke dapur tolong pape yang patut sbb kekurangan kaki tangan.

ina, ini bukti abang awak didera. kene rebus ketupat dan nasi impit. haha.

raya ini tak banyak bergamba. sbb penat melayan tetamu yang sentiasa memenuhi rumah nenek. memang la tak terigt nak bergamba2 sbb terlalu sibuk.

1 comment:

  1. padan muka iboy...
    baru die tahu erti sebenar kehidupan...hahaha

    ReplyDelete