Wednesday, September 2, 2009

mari belajar membuat popia goreng cincai style

bahan-bahan yang diperlukan untuk inti adalah:
1. daging kisar (kalo takde, guna beef patty hancur-hancurkan)
2. carrot (dipotong nipis dan panjang)
3. timun (dipotong nipis dan panjang)
4. bunga lawang/kulit kayu manis
5. sedikit serbuk kunyit
6. garam secukup rasa
7. gula secukup rasa
8. sos tiram secukup rasa

cara-cara menyediakan inti popia:
1. panaskan minyak dalam kuali.
2. tumis bunga lawang/kulit kayu manis
3. kemudian, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak
4. tambahkan garam, gula dan sos tiram secukup rasa
5. setelah daging masak, masukkan carrot dan timun dan kacau sehingga sayur masak
6. inti siap dimasak
ini la dia rupa inti yang telah siap dimasak. doesn't look yummy but hey looks can be deceiving eyh? sumpah sedap gile rasa die macam rasa filling kebab "="^

untuk menyediakan popia:
1. amek sekeping kulit popia. pastu scoop sesudu filling letak kat one penjuru of the kulit popia.

2. gulung popia itu sesedap rasa anda. untuk matikan hujung penjuru tu, sapukan sedikit air bancuhan tepung.

3. ini la hasilnya popia daging goreng cincai daku. telah dimakan untuk sahur dan berbuka bersama keluarga mentua ^-^

2 comments:

  1. waaaaaaaaah ni kena cuba ni untuk berbuka...bagus bagus ;)

    ReplyDelete