Wednesday, September 23, 2009

di kala ini aku panjatkan rasa kesyukuranku kepada yang Esa

kadang-kadang sebelum nak tido, aku selalu berfikir dan berkata-kata dalam senyap kepada diri sendiri

hari ni aku jadi seorang isteri yang baik tak?
hari ni aku ade sakitkan hati si suami tak?
hari ni cukup tak layanan aku pada si suami?
hari ni aku dah buat si suami tertawa tak?

oh memang banyak yang hendal difikirkan bila atas katil
kadang-kadang sampai pening kepala terbawak-bawak dalam mimpi

aku pasti, bila sahaja aku ajukan soalan-soalan tersebut pada si suami, jawapan yang diberi adalah yang baik-baik belaka
demi menjaga hati sensitif si isteri

bersyukur aku punya suami yang penuh tabah dan sabar
bersyukur aku dipertemukan dengan si dia yang tidak kenal erti marah
bersyukur aku punya suami yang tidak cepat melatah
bersyukur aku si suami penuh sifat humor
bersyukur aku dikurniakan si suami yang sentiasa memimpin
bersyukur aku tidak pernah didesak untuk sesuatu

dan aku bersyukur masih diberi kesempatan waktu untuk menikmati kehangatan pelukan si suami

alhamdulillah...

p/s: cara aku untuk ekspresi diri. kerana si suami jarang dapat membaca kotak fikiran aku. sesungguhnya aku masih seorang yang penuh dengan misteri. hatta dengan lelaki ini yang bernama suami jua.

No comments:

Post a Comment