Thursday, September 24, 2009

post-raya punye cerita

raya ke-5 aku dah dok mengadap muka boss di ofis. bohsan btol! setakat nak keje khamis-jumaat aje pastu weekend semula membuatkan aku takde mood langsung nak pegang laptop. orang yang tak beraya di ofis ni pon sibuk sambung cuti sampai weekend. tapi apakan daya malang btol nasib diri ini tak bole amek extra cuti kerana perlu prepare investment untuk new term jikko plan. bluergh!! sampai ke jam ini, baru 20% kerja yang disentuh. teramat lah slow kepala ini setelah teruk melantak pecal, lemang dan ketupat di kampung. boss ku diskusi hal keje pon satu haprak tak masuk dlm kepala ini. main angguk kepala aje konon-konon paham ape yang dia perkatakan. ahh persetankan!!

macam mane raya? raya ke-2 aku sebagai mrsakmal. dan setelah 27thn di muka bumi, thn ini merupakan thn pertama hubby tidak beraya di jenjarom. hahaha. kesian pon ada. tapi die sendiri dah setuju utk bergilir-gilir raya. hehehe. di perak, persiapan raya seperti kebiasaan. maksud kebiasaan di sini adalah, bila my mom yang incharge di dapur, persiapan mesti ala-ala nak kawenkan anak penatnya. ya rabbi!! nak tercabut tangan dibuatnya. sbb my mom kalo bole sume nak go the traditional way. dari memasak rendang pakai kerisik yang dibuat sendiri sehingga menumbuk sambal pecal secara manual. tapi outcomenya memang la akan sangat memuaskan hati. masak rendang daging, ayam lemak kuning, kuah kacang, mi kari. tugas lelaki, merebus nasi impit an ketupat daun. bila dengan my family, hubby memang tak bole goyang kaki. hahaha padan muka! dikerah juga masuk ke dapur tolong pape yang patut sbb kekurangan kaki tangan.

ina, ini bukti abang awak didera. kene rebus ketupat dan nasi impit. haha.

raya ini tak banyak bergamba. sbb penat melayan tetamu yang sentiasa memenuhi rumah nenek. memang la tak terigt nak bergamba2 sbb terlalu sibuk.

Wednesday, September 23, 2009

di kala ini aku panjatkan rasa kesyukuranku kepada yang Esa

kadang-kadang sebelum nak tido, aku selalu berfikir dan berkata-kata dalam senyap kepada diri sendiri

hari ni aku jadi seorang isteri yang baik tak?
hari ni aku ade sakitkan hati si suami tak?
hari ni cukup tak layanan aku pada si suami?
hari ni aku dah buat si suami tertawa tak?

oh memang banyak yang hendal difikirkan bila atas katil
kadang-kadang sampai pening kepala terbawak-bawak dalam mimpi

aku pasti, bila sahaja aku ajukan soalan-soalan tersebut pada si suami, jawapan yang diberi adalah yang baik-baik belaka
demi menjaga hati sensitif si isteri

bersyukur aku punya suami yang penuh tabah dan sabar
bersyukur aku dipertemukan dengan si dia yang tidak kenal erti marah
bersyukur aku punya suami yang tidak cepat melatah
bersyukur aku si suami penuh sifat humor
bersyukur aku dikurniakan si suami yang sentiasa memimpin
bersyukur aku tidak pernah didesak untuk sesuatu

dan aku bersyukur masih diberi kesempatan waktu untuk menikmati kehangatan pelukan si suami

alhamdulillah...

p/s: cara aku untuk ekspresi diri. kerana si suami jarang dapat membaca kotak fikiran aku. sesungguhnya aku masih seorang yang penuh dengan misteri. hatta dengan lelaki ini yang bernama suami jua.

Thursday, September 17, 2009

maaf zahir & batin ye anda semua...

think this will be my last post before the Eid. this year we will be going back to melaka first on friday to visit arwah mak's grave. then on saturday morning my whole family will be going back to perak. and either monday or tuesday, hubby and i will be coming back to jenjarom. manage to complete all tempahan manik in time. alhamdulillah. the best thing about this ramadhan is i managed to lose 2kg in 2mth time yeay!! that's a record for me in ramadan. but the saddest thing of all is, my own baju & tudung raya will be without manik *sobsob* sedih tau sbb tailor baru siapkan baju smlm. and i dun think i have the energy to bead my baju. togel la jawabnya baju aku itu huargh!!

anyway, to all my readers out there...
selamaat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin
hati-hati di jalan raya
ingat la orang yang tersayang chewah!!

dan ini kad raya khas untuk anda semua....

Wednesday, September 16, 2009

program pengurusan badan saya yang hebat...

masa zaman anak dara, berat paling maximum saya pernah capai adalah 45kg. memang sgt lempeng masa tuh. penah zaman winter kat university dulu, hampir diterbangkan oleh angin yang bertiup kencang. sumpah tak tipu!

bila bertemu cinta hati dan bertunang, berat naik jadi 48kg. waahh masa ni memang la btol2 bahagia orang kate. setiap hari balek keje tak main la singgah pasar malam beli lauk dinner. jauh aje melangkah ke shopping mall utk dinner di restoren. almaklum lah...zaman tengah hangat bercinta kan. sume benda kalo bole nak try bersama (refering to food tasting ek).

bila dah selamat menjadi isteri orang, berat badan terus shoot up ke 52kg. ya rabbi!! ni sume penangan makan best2 masa honeymoon kat Bali. masa ni mmg sume orang pon tego muka nampak gemuk badan nampak berisi. eh terbalek kot. muka nampak berisi, badan nampak gemuk. abes kene tuka sume wardrobe. baju keje. shirt. jeans. baju kurung. semua tak muat. jeans dari size 25 saya terpaksa tukar terus ke size 29. baju dr size S terus melonjak naik bagai juara ke size L. perut ni tak payah cakap la. memang buncit tahap yang tak bole dicover lagi. tapi masa tu saya dalam denial. jenuh pertahankan yang saya berada di dalam berat unggul saya. tapi sebetulnya mmg BMI saya adalah normal pada waktu ini. cumanya i used to be very thin. so sekali naik sket je, orang dah nampak perbezaannya.

macam-macam gak la usaha saya untuk kurus. minum healthy shake penah. pegi slimming program pon penah. berlari-larian di atas treadmill di gym pon penah. tapi sebab saya ni kurang berdisiplin orangnya, tak menjadi pon program pengurusan (as in slimming) saya. please note here, healthy shake, slimming program & gym visit will be a big success to u if u r a discipline type of a person. tapi bagi saya, sebab tak bole tinggalkan nasi dan makanan yang sedap2, duit habis begitu sahaja.

sehingga la satu hari saya teringin untuk mencuba produk dari Hai-O iaitu Premium Beautiful. all thanks to Farah Nadz yang promote this item in her blog. trus buat research dan baca macam-macam testimonial orang. pastu tiap2 hari akan bug farah nadz dengan pelbagai jenis soalan haha. kesian budak tuh. bila dah puas hati, baru la jumpe Farah untuk mencuba. memang this product berkesan even at the first time kita pakai. terus mengempiskan perut i yang buncit ini dan mengecikkan pinggang i sehingga menjadi ramping u alls! start pakai PB ni 5/7 baru2 nih. after 1 week pakai, dah nampak pengurangan ketara di bahagian peha. after 2 weeks pakai, dah bole sarung balek jeans bersize S ok! after 3 weeks pakai, dah bising kat hubby baju suma dah tak muat. bukan ketat, tapi menjadi terlalu longgar haha. trus hubby excited nak belikan baju-baju baru. sebulan pakai, berat badan dari 52kg turun kepada 49 kg. pengurangan sebanyak 3kg ok! memang rekod btol la. siap dah bole sarung balek kebaya raya 4-5thn lepas +_+

skang ni dah lebih kurang 2bln lebih pakai. tapi lately dah kurang pakai. sebelum puasa berat turun kpd 48kg. 4 minggu puasa, berat terbaru adalah 46.5kg. yahoo!! memang puas hati sesgt. almost nak mencapai berat masa zaman anak dara dah ni. yang bestnya PB ni, dia akan automatic control my food intake. sbb dia adalah korset yang mengikat perut saya, jadi menjadi limitation utk perut consume terlalu banyak food at a time. skang saya hanya makan untuk hilangkan lapa. bukan untuk puaskan nafsu. nasi pon dah berjaya dikurangkan pengambilannya. alhamdulillah.

paling happy baru2 ni hubby ckp kat saye.
darling, aritu i lalu depan satu kedai ni ade baju kotak2 cantek sgt. i nak belikan untuk u la.
ok die tak penah ckp camgitu kat saya sepanjang perkahwinan kami ok! so terharu gila bila die dah start nak dress up kan wife die yang comel ini haha.

all in all, saya sangat berpuas hati dengan investment saya kali ini. target saya by November, saya nak maintain berat 45kg. wish me luck!!

52kg --> 49kg --> 48kg -->46.5kg adalah pencapaian terbaik saya! wee~~

Tuesday, September 15, 2009

Rumah lempeng yang penuh dengan waitress Filipino

like previous years, my ramadhan won't feel complete if takde iftar session with my dearest bebeh :) this time around we decided on a few dates before finally settled with Sunday. Memula plan just me and my bebeh. then finally we decided to bring along our beaus. sbb nanti bole soh dorang yang baya kan ahaks...

anyway, first plan was to dine at manhattan fish market @ sunway pyramid. sesampai sana, MFM close for upgrading purpose plak. keciwa daku! terpaksa la dine in at pancake house @ sunway pyramid. hubby had beef tafa and i had the house special set. oh i forgot what elle and hatta had for theirs. the beef tafa oh so yummy ok! sampai ke la ni masih terasa kemanisan daging lembu itu ehm ehm...my set comes with beef taco, beef spagheti & fried chicken with brown sauce. the spagethi tasted yummeh!!

i think pancake house will be on my list of fav place to gemukkan diri hahaha...

oh tak banyak gamba. hanya 3 keping sahaja tapi yang di bawah ini untuk tatapan umum chewah!


Monday, September 14, 2009

Indah khabar dari rasa...

Weekend adalah turn kami suami isteri untuk berbuka di Puchong. sabtu plan asal nak jenguk samada bazar ramadhan di shah alam atau bdr baru bangi. tapi last minute ma suggest iftar di luar. tapi aku memang takde idea nak berbuka di mana. ma suggest PICC konon2 nak try test masakan katering Hjh Maznah tuh.

outcomenya?

stall kambing bakar & daging salai sentiasa penuh dengan orang2 yang agaknya kempunan dah setahun tak makan daging kot. anak2 dibiarkan berkeliaran lari dari hujung dewan ke hujung dewan. dalam flyer cakap ade 4 jenis masakan; Cina, Melayu, Western, apentahlagisatuakulupedah. tapi di tempat kejadian hmmm macam kureng aje. tapi takpe la...kenyang jugak la menjamu mata tengok gelagat orang2 melayu makan bufet. next time sumpah takmo datang sini lagi dah hahaha...baik la baya extra RM12 makan kat tpt yang cozy seperti mines wellness hotel tuh.

anyway, sket je gamba yang amek sebab takde mood.

bergambar seisi keluarga sans angah & adik. angah lambat mase nih...padan muka takde dlm gamba hahaha....
nape Hubbyku nampak macam dah berisi muka die walhal puasa penuh takde lubang lg? "o"^
orang yang mengeluarkan duit pada hari kejadian. thanks abah & ma!!
uik...serius semacam je mcm bergaduh pon ade. eh tak la...aku memang serius memberi perhatian pada Hubby yang suka bercerita...
angah and her so-called friend...

next entry will be about rumah lempeng di dalam piramid

Friday, September 11, 2009

come and meet our new baby :)

well...technically she's not a baby no more. dah nak jadi mak budak dah haa...

hi everyone!! nama saya si gemok. tuan saya yang gatal bagi nama tu sbb die jeles saya masih maintain montoks sedangkan die dah semakin berkurangan di pinggang dan punggung ahaks...
kadang-kadang saya suka buat aksi terlampau seperti di bawah. oppssie...
itu pon setelah kenyang diberi makan oleh tuan saya. selagi tak kenyang, selagi itu lah saya akan bising dan gigit-gigit manja tangan tuan saya yang sibuk menjahit manik.

setiap petang bila kedengaran kunci rumah di goyang-goyang oleh tuan saya yang baru pulang dari tempat kerja, saya pasti akan berlari laju dan menunggu di depan pintu untuk mendapatkan habuan saya (read: makanan lar...)

jom tengok lagi aksi-aksi terlampau manja saya yang sempat dirakam oleh tuan saya selepas saya selamat mentekedarah.

Wednesday, September 9, 2009

i want my wedges!! the shoes lah...not the potatoes

when it comes to shoes, i can be considered as not the typical girl who loves shoes beli kasut sampai tak muat rak kasut. i go for simple design that is wearable. by wearable i mean comfortable for me to wear either to work or leisure.

and normally, i will wear one pair of shoes at a time sampai nak barai kasut tu baru beli baru haha. betul aku tak tipu. pastu aku hanya will go for flat shoes walaupon daku sedar diri ini terlalu kerdil di sisi hubby terchenta kalo pakai flat shoes. tapi nak buat camno...den tak biaso pakai kasut tumit tinggi ni ha. rasa terlalu ayu kene kontrol gaya jalan plak. pastu mesti akan rasa cepat letih kaki ni. biarpon hanya berjalan dari parking kereta ke tempat punch card kat ofis haha.

kasut-kasut kat atas ni confirm memang aku tak selesa pakai especially kalo yang bertutup semua macam no 1 tuh. konfem melecet kaki ku.

lagi satu sebab kenapa aku pilih simple design adalah kerana nak turun lunch kat cafe senang. oh yea...di tempat keje aku pakai kasut khas antistatic macam ni ha...
gila tak cool kan kasut keje aku. belom tengok lagi kasut khas untuk masuk clean room. macam nak pegi angkasa je. uniform angkasawan kitorg gelar. tak suke kasut nih? jangan kerja kat kilang elektronik! hahaha. aku suka kasut nih.

eh melalut plak...

ok berbalik pada turun lunch. cuba bayangkan, kalo aku pakai heels yang kene belit-belit tali kat kaki, tak ke haru nak bersiap tepi loker utk pakai kasut je. ntah-ntah orang dah abes makan aku baru siap pakai kasut haha. so bila kasut yang simple design, senang sarung terus jalan lenggang kangkung gi cafe.

tapi masalahnya sekarang nih, aku tetiba gatal nak try pakai kasut platform wedges. ok salahkan angah aku yang suka beli kasut yang bukan-bukan bila balek msia. tapi setiap kali aku masuk kedai kasut, mesti keluar dengan hampa sebab takde yang selesa pada kaki aku. eh teringin gak nak memiliki kasut yang macam ini...
simple tetapi menarik.

gladiator wedges ni pon ok gak nampak gaya.

eh ok la nak masuk tido. oh esok cuti la. company anniversary. isnin aritu pon cuti gak nuzul quran. syiok gak keje kat selangor ni. asyik cuti je walaupon kadang-kadang aku lebih gemar datang keje hahahahaha poyojelebihnisanih!

Tuesday, September 8, 2009

wellness is superb!! wellness is great!!

haha tajuk poyo giler "o"^
ape plak kaitan wellness dengan entry kali ini? ok jom kite go thru sesatu gamba yang agak banyak ini "o"^

hubby and i mempunyai niat yang baik. iaitu belanja my parents for iftar session. memula susah gak nak pilih tempat. sebab my mom punya taste totally different with me
nghee...

memula decide nak dkt Manhattan Fish Market, IOI Mall
oh me and hubby love having our dinner at MFM. tapi maybe tak kena dengan selera my mom kot. so tak jadi.

so we changed our decision. nak try samada ole-ole bali or naeb @ sunway pyramid. yang ini pon tak jadi hehehe

abah suggest tempat yang bukan ala-carte. nak buffet sbb bole rasa macam-macam.
first choice, Hotel Singgahsana PJ. bole jumpe lil bro yang buat part time kat F&B sane hehe.
second choice, Mines Wellness Hotel (formerly known as Mines Spa & Beach Resort).
so since hubby and i can get special rate for MWH, we settled with MWH.

oh the food selectione i tell u!! 120++ selection ok. banyak gile! dessert siap ade special room sendirik ok! *woot woot*

ok takmo cite banyak. jom layan gamba satu persatu
our reserved table
suke la amek gamba tisu!
man-made beach. oh i have to try it someday!
muka kelaparan "o"
menunggu waktu berbuka puasa bagi kawasan Seri Kembangan haha captiontakboleblah!

and last but not least...half of the food selection...sbb tangan dah tak larat nak petik camera menggeletar tahan lapar babe

oh baru perasan gamba daku dan hubby terchenta takde plak. aik? pelik btol! ni mesti kes lapar giler pastu dapat food melantak tak ingat dunia hahahaha....

Wednesday, September 2, 2009

mari belajar membuat popia goreng cincai style

bahan-bahan yang diperlukan untuk inti adalah:
1. daging kisar (kalo takde, guna beef patty hancur-hancurkan)
2. carrot (dipotong nipis dan panjang)
3. timun (dipotong nipis dan panjang)
4. bunga lawang/kulit kayu manis
5. sedikit serbuk kunyit
6. garam secukup rasa
7. gula secukup rasa
8. sos tiram secukup rasa

cara-cara menyediakan inti popia:
1. panaskan minyak dalam kuali.
2. tumis bunga lawang/kulit kayu manis
3. kemudian, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak
4. tambahkan garam, gula dan sos tiram secukup rasa
5. setelah daging masak, masukkan carrot dan timun dan kacau sehingga sayur masak
6. inti siap dimasak
ini la dia rupa inti yang telah siap dimasak. doesn't look yummy but hey looks can be deceiving eyh? sumpah sedap gile rasa die macam rasa filling kebab "="^

untuk menyediakan popia:
1. amek sekeping kulit popia. pastu scoop sesudu filling letak kat one penjuru of the kulit popia.

2. gulung popia itu sesedap rasa anda. untuk matikan hujung penjuru tu, sapukan sedikit air bancuhan tepung.

3. ini la hasilnya popia daging goreng cincai daku. telah dimakan untuk sahur dan berbuka bersama keluarga mentua ^-^