Thursday, March 5, 2009

A*S*T*R*O PROMO


Caller: Hello. Assalamualaikum cik. Saya *Diana daripada Astro.
Me: Waalaikumussalam. Ye saya.
Caller: Cik dah ade Astro tak di rumah?
Me: Ye saya dah ada.
Caller: Ok begini cik. Kita sekarang sedang buat promosi pemasangan Astro free di rumah. Sebulan langganan **RM50.
Me: OK.
Caller: Jadi saya nak tau, cik berminat tak dengan promosi ini?
Me: Erm...tapi saya kan dah ada Astro di rumah (aku macam dah bengong dengan kebengongan minah ni)
Caller: Oh ye la. Hehe. Ada rakan-rakan dan jiran yang berminat tak?
Me: Erm...takde la pulak saya menanya.
Caller: Oh ok takpe la ye cik. (lalu terus letak telefon. mungkin malu kot)


Me: what the hell was that?? (semakin bengong). Ni mesti keje tiap-tiap hari menelefon orang sambil membaca skrip yang telah disediakan.


Note:
*Diana adalah nama samaran yang direka cipta oleh penulis blog.
**aku tak berapa pay attention dgn harga pakej yg ditawarkan sbbnya dah jawab ada Astro kan.
pastu dari celah mane la dia bole dapat H/P no. aku.
psst...aku sebenarnya takde pon Astro kat umah. Saje malas nak layan hehe

No comments:

Post a Comment